|  
                                      
                                        
                                        Etika Sosial 
                                          
                                      Bagi 
                                        orang luar, ketika di Malaysia sangat 
                                        menakutkan. Amat mudah untuk mereka melakukan 
                                        kesilapan. Jangan bimbang. Warga Malaysia 
                                        adalah antara golongan yang paling bertimbang 
                                        rasa dan memahami. Jika anda mengikuti 
                                        protocol amalan negeri anda sendiri dan 
                                        anda bersopan serta bertimbangrasa, jika 
                                        anda melakukan kesalahan, hos Malaysia 
                                        anda akan memahami dan tidak berkecil 
                                        hati. Perkara pertama yang perlu disedari 
                                        ketika berurusan dengan masyarakat majmuk 
                                        ialah memahami peraturan dan budaya setiap 
                                        etnik. Contoh yang baik ialah makanan 
                                        dan minuman. Orang-orang bukan Islam minum 
                                        minuman keras dan makan daging babi yang 
                                        kedua-duanya haram dalam ajaran Islam. 
                                        Walaupun diterima orang-orang bukan Islam 
                                        dan orang-orang asing untuk minum minuman 
                                        keras dan makan daging babi, adalah penting 
                                        untuk and menjaga kesopanan dan peka kepada 
                                        sensitiviti hos anda yang beragama Islam. 
                                         
                                      Atas 
                                       
                                         
                                        Wanita 
                                          
                                      Wanita 
                                        mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat 
                                        Islam. Lelaki biasanya tidak akan berjabat 
                                        tangan atau menyentuh wanita Islam melainkan 
                                        wanita tersebut berpendiikan barat dan 
                                        tidak berpakaian tradisional. Namun anda 
                                        tidak akan mengugat jika anda jujur dan 
                                        hanya mengikut budaya anda sendiri, tapi 
                                        adalah lebih baik jika anda prihatin dengan 
                                        budaya masyarakat setempat. 
                                      Atas 
                                       
                                         
                                        Gelaran 
                                          
                                       
                                        Terdapat banyak gelaran 
                                        di Malaysia yang dikurniakan sama ada 
                                        oleh Yang diPertuan Agong, yang mendapat 
                                        nasihat Perdana Menteri atau dari salah 
                                        seorang dari sembilan orang sultan. Gelaran 
                                        utama adalah mengikut susuan berikut: 
                                        Yang dianugerahkan oleh Sultan, yang bergelar 
                                        Yang di Pertuan Agong. TUN, kumpulan elit 
                                        yang setaraf dengan 'Lord British', Tan 
                                        Sri, bersamaan dengan 'British Knight' 
                                        dan Datuk yang bersamaan dengan gelaran 
                                        Earl.  
                                         
                                        Yang dianugerahkan 
                                        oleh Sultan di negeri-negeri, Datuk Seri, 
                                        anugerah di Sarawak, Datuk Patinggi dan 
                                        gelaran Dato' anugerah dari semua negeri. 
                                         
                                      Semua 
                                        penerima yang memegang gelaran tersebut 
                                        perlu dirujuk mengikut gelaran mereka. 
                                        Contohnya, Tun Ismail Ali perlu disebut 
                                        sebagai Tun Ali di majlis-majlis rasmi 
                                        atau Tun di majlis tidak rasmi.  
                                      Atas 
                                       
                                        Nama 
                                          
                                      Melayu 
                                         
                                      Nama keluarga 
                                        sebagaimana di barat tidak wujud di sini. 
                                        Orang-orang Melayu dirujuk sebagai anak 
                                        lelaki atau anak perempuan dengan menggunakan 
                                        nama pertama bapa. Contohnya: 
                                         
                                         
                                       
                                        Encik 
                                          Mustadza bin Abu 
                                          Bakar 
                                          (nama) (anak lelaki 
                                          kepada) (nama bapa)   
                                         
                                        Orang 
                                          Melayu biasanya dipanggil menggunakan 
                                          namanya yang sebenar. Mengikut contoh 
                                          di atas, bermakna Mustadza. 
                                        Encik 
                                          bersamaan Mr. dalam bahasa Inggeris 
                                          Puan bersamaan Mrs. dalam bahasa Inggeris 
                                          Cik bersamaan to Miss dalam bahasa Inggeris 
                                       
                                       
                                        Cina 
                                         
                                      Secara 
                                        tradisi, nama orang-orang 
                                        Cina bermula dengan nama keluarga atau 
                                        bangsa diikuti dengan nama sebenarnya. 
                                        Contohnya:  
                                         
                                        Lim 
                                        Boon Huat  
                                      Anda 
                                        akan merujuknya sebagai Encik Lim.  
                                         
                                       
                                        Secara tidak rasmi, beliau boleh dirujuk 
                                        sebagai Boon Huat dan kemungkinan di kalangan 
                                        sahabat handar dipendekkan kepada Boon 
                                        atau Huat sahaja.  
                                      Orang 
                                        Cina yang berpendidikan barat - terdapat 
                                        ramai di Malaysia - biasanya mempunyai 
                                        nama Inggeris diikuti dengan nama asal.dengan 
                                        nama keluarga di akhir. Adalah biasa untuk 
                                        anda bertemu dengan Jimmy Lim atau Encik 
                                        Jimmy Boon Huat Lim.  
                                       
                                        India 
                                         
                                      Kebiasaannya 
                                        anda akan mendapati 
                                        mereka mempunyai huruf tunggal diikuti 
                                        dengan nama sebenar. Contohnya Encik M. 
                                        Ramayah biasanya dirujuk sebagai Encik 
                                        Ramayah dengan huruf M adalah huruf awal 
                                        nama bapanya. Ramai orang India yang menggunakan 
                                        nama Inggeris sebagai nama pertama mereka. 
                                      Atas 
                                     |