Pendidikan
adalah perkara asas dalam pembentukan
sebuah masyarakat ke arah masa depan yang
lebih baik. Di Melaka memenuhi keperluan
pendidikan kepada masyarakat telah menjadi
salah satu matlamat penting terutama dalam
merealisasikan pembentukan dinamik ke
arah pembangunan masyarakat berteknologi
maklumat dan memenuhi matlamat wawasan
2020.
Melaka
mempunyai struktur pendidikan yang lengkap
dari peringkat pra-sekolah sehingga ke
peringkat kolej dan universiti. Kerajaan
menekankan pembangunan pendidikan dan
mengambil perkara ini sebagai focus utama
dalam mengisi masa depan yang lebih baik
untuk Melaka.
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
endidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohai, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan.
Usaha
ini adalah bagi melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
|