...............................
Kedai Muzik
Kesihatan
Kimia
Kraftangan
Komputer
Kontraktor
Makanan
Pakaian
Pakej Perkahwinan
Hartanah
Pembuatan
Perabot
Peralatan Pejabat
Percetakan

Perdagangan

Pertanian
Peruncit
Perunding
Produksi
Telekomunikasi
Senibina
Studio
...............................
 
   
 
Laman Utama // Perniagaan
 
Perniagaan
 

Bergerak ke dalam era dan abad baru kini, dunia perniagaan telah berubah dengan pesat. Dari kaedah 'sistem barter' kepada penggunaan wang, kad kredit dan kini menerusi media elektronik iaitu kaedah e-dagang, dunia perniagaan dan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat lagi. Untuk meletakkan diri seiring dengan globalisasi persepsi secara optimis kepada perkembangan perniagaan menerusi teknologi komunikasi adalah penting. Walaupun Malaysia telah mengalami kemelesetan ekonomi, kini ia bangkit semula untuk kembali kepada peningkatan ekonomi yang lebih makmur. Sememangnya diakui bahawa dunia ekonomi Asia adalah sangat cerah pada masa hadapan.

Di Melaka kesan kegawatan ekonomi telah membantu dalam pengumpulan semula kekuatan dan kesediaan dalam mengembalikan kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Berlandaskan cabaran yang mendatang, Melaka telah bersiap-sedia dengan penuh keyakinan dan kejujuran untuk mencapai matlamat pembangunan negeri. Kewujudan banyak kawasan-kawasan perindustrian, perancangan pembangunan yang berterusan dan perkembangannya, Melaka adalah tempat pelaburan yang menjanjikan keuntungan.

Infrastruktur yang lengkap menjadi tulang belakang Melaka untuk menjadi sebahagian daripada negeri yang paling pesat berkembang di Malaysia. Selain mempunyai warisan kegemilangan khazanah sejarah, Melaka juga mempunyai kawasan-kawasan perindustrian yang strategik dan moden. Perancangan untuk menjadikan Melaka sebuah negeri berasaskan teknologi maklumat juga telah menjadikan negeri ini maju dengan progresif dan dinamik.

 

 

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)