|  
                                       Sewaktu 
                                        melawat Melaka, para pelancong digalakkan 
                                        menyelami dan memahami adab dan budaya 
                                        masyarakat tempatan. Sebahagian daripada 
                                        peradaban biasa adalah seperti berikut: 
                                      
                                        -  
                                          Walaupun bersalaman 
                                          adalah secara umum diterima oleh lelaki 
                                          dan perempuan Islam, sebahagian wanita 
                                          Islam menyambut salam perkenalan dengan 
                                          tunduk hormat dan senyuman sahaja. Salaman 
                                          hanya akan diterima jika wanita tersebut 
                                          menghulurkan tangan terlebih dahulu. 
                                          Cara salaman tradisi adalah dengan kedua 
                                          belah tangan tanpa menggenggam. Huluran 
                                          salam dengan kedua belah tangan menyentuh 
                                          lembut tangan yang disambut kemudian 
                                          dilepaskan dan kedua belah tangan dibawa 
                                          ke dada, membawa makna "Saya menyambut 
                                          anda dengan hati terbuka." Orang yang 
                                          menyambut salam juga akan melakukan 
                                          perkara yang sama. 
 
                                           
                                           
                                        - Adalah 
                                          sopan untuk menelefon sebelum berkunjung 
                                          ke rumah. Kasut mestilah dibuka dan 
                                          ditinggalkan di luar sebelum memasuki 
                                          rumah di Malaysia. 
 
                                           
                                           
                                        - Hidangan 
                                          minuman pasti disediakan dan adalah 
                                          sopan untuk menikmatinya.
 
                                           
                                           
                                        -  
                                          Tangan kanan sering 
                                          digunakan untuk makan, memberi atau 
                                          menerima barang. 
 
                                           
                                           
                                        - Kasut 
                                          mesti dibuka ketika melawat tempat-tempat 
                                          suci seperti masjid dan kuil. Sesetengah 
                                          masjid menyediakah jubah dan kain tudung 
                                          untuk pelawat wanita. Walaupun mengambil 
                                          gambar di tempat-tempat suci ini dibenarkan, 
                                          adalah sopan untuk bertanya dan meminta 
                                          kebenaran terlebih dahulu. 
 
                                           
                                           
                                        - Negara 
                                          yang majoriti masyarakatnya beragama 
                                          Islam, arak adalah diharamkan dan bukan 
                                          satu kebiasaan di sini. 
 
                                           
                                           
                                        - Pemilikan 
                                          dan pengedaran dadah tidak dibenarkan 
                                          sama sekali dan merupakan satu kesalahan 
                                          jenayah di Malaysia. Hukuman mati dikenakan 
                                          kepada sesiapa yang didapati bersalah 
                                          mengedar dadah. 
 
                                       
                                      Atas 
                                     |