|  
                                       Kemasukan 
                                        Formal  
                                      Pelancong 
                                        ke Malaysia mesti memiliki paspot/dokumen 
                                        perjalanan yanga sah dengan sekurang-kurangnya 
                                        6 bulan melebihi tempoh menduduki. 
                                         
                                         Keperluan 
                                        Visa  
                                      Warganegara 
                                        Komanwel (dengan pengecualian) tidak memerlukan 
                                        visa untuk memasuki Malaysia. Semua warganegara 
                                        negara-negara ASEAN tidak memerlukan visa 
                                        untuk lawatan sosial atau perniagaan yang 
                                        kurang dari sebulan. 
                                         
                                        Kastam 
                                      Barangan 
                                        seperti peralatan video, kamera, pemain 
                                        radio kaset, jam, pen, pemetik api, minyak 
                                        wangi, dan kosmetik tidak dikenakan cukai 
                                        di Malaysia. Pelancong yang membawa masuk 
                                        barang-barang yang dikenakan cukai boleh 
                                        membayar deposit sebagai import sementara 
                                        yang dipulangkan sewaktu hendak berlepas. 
                                       
                                        Mata Wang  
                                      Unit  
                                        matawang digunakan adalah Ringgit Malaysia 
                                        (RM) yang bersamaan dengan 100 sen. Syiling 
                                        dikeluarkan dengan nilai 1 sen, 5 sen, 
                                        10 sen, 20 sen, 50 sen dan RM1.00. Wang 
                                        kertas pula pada nilai RM1, RM2, RM5, 
                                        RM10, RM50 dan RM100. Matawang asing dan 
                                        cek kembara boleh ditukar kepada Ringgit 
                                        Malaysia di semua bank dan penukar 
                                        matawang asing di seluruh Malaysia. 
                                      Undang-undang 
                                        Baru Kawalan Matawang 
                                        Berkuatkuasa dari 1 Oktober 1998, semua 
                                        pelancong dikehendaki mengisi borang Pengisytiharan 
                                        Kembara (TDF) sewaktu tiba/berlepas. Warganegara 
                                        dan bukan warganegara hanya dibenarkan 
                                        membawa masuk tidak lebih RM1,000 tunai 
                                        manakala matawang asing tanpa had. 
                                         
                                        *Undang-undang 
                                        Baru Kawalan Matawang (klik 
                                        untuk maklumat lanjut)  
                                       
                                        Pakaian 
                                        Yang Sesuai  
                                      Pakaian 
                                        kasual yang tidak terlalu tebal dan tidak 
                                        panas amat sesuai untuk sepanjan tahun. 
                                        Untuk majlis-majlis formal, jaket dengan 
                                        tali leher atau kemeja batik berlengan 
                                        panjang untuk lelaki dan pakaian formal 
                                        untuk wanita. 
                                       
                                        Cukai 
                                        Perkhidmatan Lapangan Terbang  
                                      Cukai 
                                        perkhidmatan lapangan terbang dikenakan 
                                        ke atas setiap penumpang, RM5.00 untuk 
                                        penerbangan domestik dan RM40.00 untuk 
                                        penerbangan antarabangsa. 
                                       
                                        Air 
                                      Pada 
                                        umumnya adalah selamat untuk minum air 
                                        terus dari paip. Walau bagaimanapun terdapat 
                                        air mineral yang dijual di setiap pasaraya 
                                        dan kedai.  
                                       
                                        Bekalan 
                                        Elektrik  
                                         
                                       
                                        Voltan elektrik di Malaysia ialah 220-240 
                                        volt AC pada kadar 50 putaran sesaat (50Hz). 
                                       
                                        Telefon 
                                         
                                      Panggilan 
                                        tempatan boleh dibuat di semua telefon 
                                        awam, menggunakan sama ada syiling atau 
                                        kad. Panggilan antarabangsa boleh dibuat 
                                        di pondok telefon dengan kemudahan kad 
                                        atau di pejabat-pejabat Telekom. Kebanyakan 
                                        hotal dilengkapi dengan perkhidmatan IDD 
                                        dengan caj perkhidmatan minimal.  
                                       
                                        Perkhidmatan 
                                        Pos   
                                      Pejabat-pejabat 
                                        Pos dibuka setiap hari dari pukul 8.00 
                                        pagi hingga 5.00 petang kecuali hari Ahad 
                                        dan cuti umum (bagi Kedah, Kelantan dan 
                                        Terengganu pejabat pos tutup pada hari 
                                        Jumaat dan cuti am). Pejabat Pos Besar 
                                        di Kuala Lumpur dibuka dari pukul 8.00 
                                        pagi hingga 6.00 petang setiap hari dan 
                                        dari pukul 10.00 pagi hingga 12.45 tengahari 
                                        pada hari Ahad. Kebanyakan hotel antarabangsa 
                                        menyediakan perkhidmatan pos di kaunter 
                                        perkhidmatan mereka. 
                                       
                                        Perkhidmatan 
                                        Perubatan   
                                      Perkhidmatan 
                                        perubatan terdapat di semua bandar di 
                                        hospital-hospital kerajaan dan klinik 
                                        swasta. Ubat-ubatan tanpa preskripsi boleh 
                                        didapati di farmasi-farmasi, pasaraya-pasaraya, 
                                        hotel-hotel dan pusat-pusat membeli-belah. 
                                       
                                        Polis 
                                        Pelancong  
                                       
                                        Pelancong yang berhadapan 
                                        masalah yang tidak dijangka boleh mendapatkan 
                                        bantuan daripada Unit Polis Pelancong. 
                                        Pihak polis sering meronda di kawasan-kawasan 
                                        tumpuan pelancong dan bersedia membantu 
                                        pada bila-bila masa. Nombor telefon Unit 
                                        Polis Pelancong di setiap bandar adalah 
                                        seperti berikut: 
                                      
                                         
                                          |  
                                             Bandar 
                                           | 
                                           
                                             Tel 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                             Kuala 
                                              Lumpur 
                                           | 
                                           
                                             +603 
                                              249 6592 / 93 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                             Johor 
                                              Bahru 
                                           | 
                                           
                                             +607 
                                              223 2222 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                             Melaka 
                                           | 
                                           
                                             +606 
                                              270 3238 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                             Penang 
                                           | 
                                           
                                             +604 
                                              261 5522 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                             Alor 
                                              Setar 
                                           | 
                                           
                                             +604 
                                              732 1222 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                             Kuala 
                                              Terengganu 
                                           | 
                                           
                                             +609 
                                              622 2222 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                             Kota 
                                              Bahru 
                                           | 
                                           
                                             +609 
                                              747 2222 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                             Kuching 
                                           | 
                                           
                                             +608 
                                              224 1133 
                                           | 
                                         
                                       
                                        
                                      Waktu 
                                        Bekerja  
                                      Di  
                                        Malaysia menggunakan system berkerja normal 
                                        iaitu lapan jam sehari dan separuh hari 
                                        pada hari Sabtu dan hari Ahad adalah hari 
                                        cuti. Di negeri-negeri Kelantan, Terengganu 
                                        dna Kedah, hari Jumaat adalah hari cuti 
                                        dan hari Khamis adalah separuh hari.  
                                      Pejabat-pejabat 
                                        kerajaan dibuka dari pukul 8.00am - 4.15pm 
                                        pada hari biasa dan 8.00am -12.45pm pada 
                                        hari Sabtu atau Khamis untuk negeri-negeri 
                                        Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bank berurusan 
                                        secara amnya dari pukul 10.00am - 3.00pm 
                                        setiap hari dan 9.30am-11.30am pada hari 
                                        Sabtu. Hari Sabtu pada minggu pertama 
                                        dan minggu ketiga adalah cuti am. Pusat 
                                        membeli-belah dibuka setiap hari dari 
                                        pukul 10.00am-10.00pm.  
                                       
                                        Pemberian 
                                        Tip   
                                      Memberi 
                                        tip bukanlah satu kebiasaan di Malaysia. 
                                        Ia adalah tidak perlu memandangkan caj 
                                        perkhidmatan telah dikenakan sebanayak 
                                        10 peratus di hotel-hotel dan restoran 
                                        melainkan perkhidmatan yang diberikan 
                                        adalah dianggap lebih baik. 
                                       
                                        Antikuiti 
                                        & Eksport  
                                      Antikuiti 
                                        tidak boleh dieksport tanpa lesen daripada 
                                        Ketua Pengarah Jabatan Muzium. 
                                       
                                        Misi 
                                        Diplomatik  
                                      72 buah  
                                        negara mempunyai misi diplomatik dengan 
                                        Malaysia dan 26 daripadanya diiktiraf 
                                        secara rasmi dari kalangan negara-negara 
                                        jiran. Kebanyakannya terletak di Kuala 
                                        Lumpur. Untuk menghubungi Kedutaan anda, 
                                        sila semak dengan operator hotel atau 
                                        rujuk dengan panduan Telefon. 
                                       
                                        Bahasa 
                                      Bahasa  
                                        Malaysia adalah bahasa rasmi tetapi Bahasa 
                                        Inggeris digunakan secara meluas. Bahasa-bahasa 
                                        lain yang juga sering digunakan ialah 
                                        Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. 
                                       
                                        Cuaca 
                                       
                                        Secara amnya cuaca di Malaysia panas dan 
                                        lembab sepanjang tahun dengan suhu di 
                                        antara 21°C hingga 32°C. Kelembapan adalah 
                                        tinggi sepanjang tahun. 
                                       
                                        Waktu 
                                      Waktu  
                                        di Malaysia adalah awal selama 8 jam dari 
                                        waktu GMT (Greenwich Mean Time) dan 16 
                                        jam awal dari waktu "United States Pacific 
                                        Standard."  
                                       
                                        Pengedaran 
                                        Dadah   
                                      Pengedaran 
                                        dadah adalah salah di sisi undang-undang 
                                        dan boleh dikenakan hukuman mati. 
                                       |