Anda
ingin bergembira sambil menenangkan fikiran
yang berserabut? Pastikan anda meluangkan
masa untuk berlibur dengan teman-teman
dengan mendengar muzik, sambil menikmati
makanan dan minuman.
Terdapat
pelbagai pilihan kelab dan pusat hiburan
di Melaka yang pasti menepati citarasa
anda untuk meriangkan diri. Anda juga
boleh mencurahkan bakat terpendam dan
meluahkan kemerduan suara di pusat-pusat
karaoke.
Tempat-tempat
hiburan di Melaka terdiri dari disko,
pub, pusat karaoke dan lounge. Anda diingatkan
untuk tidak memandu jika meminum minuman
keras, anda dinasihatkan untuk menaiki
teksi bagi tujuan keselamatan.
|