|  
                                       Berbudi 
                                        pada tanah telah menjadi satu perkara 
                                        yang amat dihargai oleh orang Melaka. 
                                        Perniagaan melalui pertanian telah memainkan 
                                        peranan yang amat penting dalam ekonomi 
                                        negeri ini. Sektor pertanian untuk pelancongan 
                                        telah menunjukkan potensi perkembangan 
                                        yang memberangsangkan. 
                                      Pelancongan 
                                        agro di Melaka merangkumi lawatan ke ladang-ladang 
                                        getah dan kelapa sawit. Para pelancong 
                                        diberi peluang melihat dan merasa sendiri 
                                        kaedah penanaman dan penorehan getah selain 
                                        belajar proses membuat getah sekerap daripada 
                                        susu getah.  
                                      Para 
                                        pelancong turut diberi penerangan mengenai 
                                        sejarah getah di Malaysia sewaktu British 
                                        mula-mula membawa masuk benih getah. Hevea 
                                        brasiliensis atau benih getah asli dari 
                                        Brazil dan menanamnya di sini sebagai 
                                        percubaan, mendapati bahawa tumbuhan itu 
                                        amat bersesuaian dengan tanah dan cuaca 
                                        Malaysia. Penanaman getah telah berkembang 
                                        dengan pesat sehingga Malaysia berupaya 
                                        menjadi pengeluar utama getah asli pada 
                                        satu ketika.  
                                      Sementara 
                                        itu, di ladang kelapa sawit, para pelawat 
                                        ditunjukkan kepada spesis minyak kelapa 
                                        yang berlainan dan berbeza serta diajar 
                                        mengenai usia pokok kelapa dan hubungan 
                                        setiap satu dengan kualiti minyak yang 
                                        boleh didapati daripadanya. Penerangan 
                                        yang amat menarik tentang bagaimana buah 
                                        kelapa sawit dituai dan dipilih serta 
                                        diproses juga menambah pengetahuan. Para 
                                        pelancong turut didedahkan kepada pelbagai 
                                        kaedah penggunaan minyak kelapa sawit 
                                        dan khasiatnya yang berkesan kepada kesihatan. 
                                         
                                      Melaka 
                                        turut terkenal dengan pelbagai kebun buah-buahannya 
                                        dan lawatan ke kebun-kebun ini sememangnya 
                                        amat menarik. Para pelawat pastinya tertawan 
                                        terutamanya apabila memetik buah kelapa 
                                        muda, melihat proses pertumbuhan pokok 
                                        koko dan pelbagai peringkat perkembangan 
                                        buah-buahan tempatan sebelum peringkat 
                                        memetiknya. Para pelawat juga pasti terpegun 
                                        dengan keindahan sawah yang terbentang, 
                                        saujana lambaian padi serta kemesraan 
                                        kerbau dan lembu di bendang.  
                                      Sementara 
                                        itu, Hutan Rekreasi Ayer Keroh dengan 
                                        kehijauan seluas 500 ekar adalah tempat 
                                        yang perlu dilawati oleh para pencinta 
                                        alam semulajadi. Hutan ini menawarkan 
                                        panorama hutan dara yang kaya dengan pelbagai 
                                        spesis flora dan fauna untuk diterokai 
                                        oleh para pelawat. Kebanyakan pokok dilabelkan 
                                        mengikut nama asal dan juga saintifik. 
                                        Tempat ini juga sangat sesuai untuk aktiviti 
                                        lasak seperti merentas hutan, perkhemahan, 
                                        berjalan kaki, berjogging dan berbasikal. 
                                         
                                      Dalam 
                                        usaha menyokong akativiti agro-pelancongan, 
                                        perancangan penyediaan kemudahan rekreasi 
                                        luaran telah dibuat untuk Ayer Keroh dan 
                                        kawasan sekitarnya. Sepanjang pantai Melaka 
                                        dan pulau-pulaunya turut menjalani proses 
                                        pembaikan dan pengindahan dan penambahan 
                                        kemudahan tempat penginapan disediakan. 
                                        Ini turut termasuk usaha pencarian tempat-tempat 
                                        menarik di sekitar Tanjung Bidara, Ayer 
                                        Keroh, Pulau Upeh dan Tanjung Tuan.  
                                      
                                         
                                          |  
                                             Nama 
                                               
                                           | 
                                           
                                             Lokasi 
                                           | 
                                           
                                             Tarikan 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                            
                                           | 
                                           
                                             Head 
                                              Quaters, Melaka Agropark, Sungai 
                                              Udang Block A, Level 1, Wisma Negeri, 
                                              Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka 
                                              +606 353 1353  
                                              +606 292 1202 (HQ)  
                                           | 
                                           
                                             Aktiviti 
                                              air / Kebun buah-buahan / Memancing 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                            
                                           | 
                                           
                                             Solok 
                                              Serompong Tehel, Bemban, Jasin, 
                                              77000 Melaka 
                                              +606 268 7157 
                                           | 
                                           
                                             Chalets 
                                              / 
                                              Aktiviti Pertanian 
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                            
                                           | 
                                           
                                             19th 
                                              Mile, Kampung Paya Rumput, Masjid 
                                              Tanah, 78300 Melaka 
                                              +6012 425 3085 
                                              +6013 620 3085 
                                              +6018 831 3085 
                                           | 
                                           
                                             Herba 
                                              Kesihatan / Memancing  
                                           | 
                                         
                                         
                                          |  
                                            
                                           | 
                                           
                                             State 
                                              Director of Agriculture, Department 
                                              of Agriculture, Level, 1 Block A, 
                                              Wisma Negeri, Jalan Hang Tuah, 75300 
                                              Melaka 
                                              +606 292 1313 
                                              +606 292 1318 
                                           | 
                                           
                                             Kebun 
                                              buah-buahan / Aromaterapi / Perk 
                                           | 
                                         
                                       
                                      Untuk 
                                        keterangan lanjut, sila hubungi: 
                                      Pengarah, 
                                        Jabatan Pertanian Negeri Melaka 
                                        Tel : +606 282 3458 
                                        Fax :+606 281 4126 
                                          
                                        http://agrolink.moa.my/doa/english/state/Melaka/ag_tour.html 
                                         
                                      *Senarai 
                                        tempat agro-pelancongan.  
                                        Sumber: Buku Melawat Melaka Bermakna Melawat 
                                        Malaysia.  
                                     |