|  
                                       Berkuatkuasa 
                                        pada 1 Oktober 1998, semua pelancong perlu 
                                        mengisi Borang Perisytiharan Pengembara 
                                        (TDF) sewaktu tiba/berlepas. Residen dan 
                                        Bukan residen hanya dibenarkan membawa 
                                        masuk tidak melebih RM1,000 tunai dan 
                                        matawang asing tanpa had.  
                                      Residen 
                                        yang ingin keluar dari Malaysia boleh 
                                        membawa sehingga RM1,000 tunai dan matawang 
                                        asing termasuk cek kembara tidka melebihi 
                                        atau bersamaan dengan RM10,000 sewaktu 
                                        berlepas.  
                                      Bukan 
                                        residen dibenarkan membawa keluar jumlah 
                                        wang kurang atau bersamaan dengan jumlah 
                                        yang diisytiharkan semasa dibawa masuk. 
                                         
                                      Ukuran 
                                        baru ini berikutan keputusan Pelan Pelaksanaan 
                                        Kawalan Ukuran Pertukaran Bank Negara 
                                        Malaysia dalam usaha memulihkan pegangan 
                                        dan kawalan kewangan dalam suasana ekonomi 
                                        semasa untuk menstabilkan ekonomi negara. 
                                         
                                      Residen 
                                        bermaksud:  
                                      
                                        - Warganegara 
                                          Malaysia, termasuk mereka yang memiliki 
                                          status penduduk tetap di luar Malaysia 
                                          tetapi menetap di Malaysia 
 
                                        - Bukan 
                                          warganegara Malaysia tetapi telah memiliki 
                                          status penduduk tetap Malaysia dan tinggal 
                                          menetap di Malaysia.
 
                                       
                                      Bukan 
                                        Residen 
                                        bermaksud sesiapa sahaja yang tidak termasuk 
                                        dalam kategori residen. Nota: Warganegara 
                                        Malaysia yang memiliki status penduduk 
                                        tetap di luar Malaysia dan menetap di 
                                        luar negeri merupakan bukan residen.  
                                        
                                      Di 
                                        mana untuk mendapatkan Borang Perisytiharan 
                                        Pengembara (TDF): 
                                      
                                        -  
                                          Kedutaan Malaysia/Perwakilan 
 
                                        - Pejabat-pejabat 
                                          Pelancongan Malaysia 
 
                                        - Di 
                                          semua pintu masuk dan keluar 
 
                                        - Lapangan 
                                          Terbang 
 
                                       
                                        
                                      Apa 
                                        yang perlu dilakukan dengan Borang Perisytiharan 
                                        Pengembara (TDF): 
                                      
                                        - Lengkapkan 
                                          borang TDF anda sewaktu penyemakan imigresen. 
                                          
 
                                        - Serahkan 
                                          borang TDF yang telah siap diisi kepada 
                                          pegawai imigresen untuk pengesahan. 
                                          
 
                                        - Apabila 
                                          borang TDF dipulangkan kepada anda pastikan 
                                          pegawai imigresen TIDAK MENANGGALKANNYA 
                                          dari paspot anda. 
 
                                       
                                        
                                      Sewaktu 
                                        Berlepas 
                                      
                                        - Lengkapkan 
                                          borang TDF untuk penyemakan imigresen. 
                                          
 
                                        - Serahkan 
                                          borang TDF yang telah siap diisi kepada 
                                          pegawai imigresen untuk pengesahan dan 
                                          pembayaran.  
 
                                       
                                      Kegagalan 
                                        untuk mengisytihar adalah satu kesalahan. 
                                        Jumlah wang yang berlebihan yang dimiliki 
                                        boleh dirampas.  
                                      Jika 
                                        anda perlu membawa wang ringgit, matawang 
                                        asing dan cek kembara dalam jumlah yang 
                                        melebihi dari dibenarkan, permohonan secara 
                                        bertulis boleh dibuat kepada :- 
                                       
                                         Ketua 
                                          Jabatan  
                                          Jabatan Pembayaran Baki 
                                          Bank Negara Malaysia  
                                          Jalan Dato' Onn  
                                          50480 Kuala Lumpur 
                                          Malaysia 
                                        Tel 
                                          : +603 291 0772  
                                          Fax: +603 293 7732 
                                           
                                       
                                      Atas 
                                     |