|  
                                       Terletak 
                                        di Bemban, Jasin, Melaka, taman rekreasi 
                                        ini menawarkan suasana menarik di dusun 
                                        mangga. Taman ini mempunyai kira-kira 
                                        1.6 hektar kawasan menarik untuk diterokai. 
                                         
                                      Taman 
                                        rekreasi ini mempunyai suasana tenang 
                                        dan nyaman sangat sesuai untuk sekeluarga 
                                        bersantai. Pelbagai kemudahan seperti 
                                        chalet, rumah ladang, kolam ikan, kawasan 
                                        perkhemahan dan denai merentas juga disediakan. 
                                        Para pengunjung boleh menikmati mangga 
                                        segar terus daripada pokok selain keriangan 
                                        memancing ikan.  
                                      Untuk 
                                        mereka yang inginkan program yang lebih 
                                        mencabar dan keriangan yang lebih bolehlah 
                                        berkhemah dan merentas hutan di kawasan 
                                        berhampiran yang pasti menjanjikan persekitaran 
                                        alam semulajadi yang berlainan dan menjadi 
                                        kenangan yang mencabar dalam hidup.  
                                      Selain 
                                        menjadi taman rekreasi, taman ini juga 
                                        menggalakkan program motivasi. Persekitaran 
                                        yang harmoni dan menyenangkan menjanjikan 
                                        perkembangan dan penerapan nilai-nilai 
                                        murni dalam diri setiap insan. 
             |