...............................
Taman Agro Melaka (Sungai Udang)
...............................
Taman Rekreasi Tani Serompong Tehel
...............................
Taman Impian Herba Dan Jati
...............................

Taman Agro Melaka (Selandar)

...............................
 
   
 
Laman Utama // Agro-Pelancongan // Taman Agro Melaka (Selandar)
 
Taman Agro Melaka (Selandar)
 

Taman Agro Melaka di Selandar terletak kira-kira 50 km dari pusat bandaraya bersejarah Melaka. Kawasan ini pada awalnya dirancang untuk dijadikan pusat pengeluaran makanan, bagaimanapun telah diubahsuai menjadi pusat buat-buahan tempatan di mana para pelancong dari dalam dan luar negeri boleh menikmati sendiri suasana dusun tradisi.

Kawasan yang terdiri daripada tanah betingkat ini telah disewakan kepada 14 orang pekebun buah-buahan dan lapan orang pekebun sayur. Pelbagai buah-buahan tempatan yang popular ditanam di sini antaranya mangga, limau, ciku, rambutan, cempedak, jambu batu, belimbing, longan, durian dan kelapa pandan.

Selain daripada buah-buahan ini terdapat juga buah-buahan lain seperti pisang, kedondong, nenas dan lain-lain. Kawasan seluas 20 ekar juga diperuntukkan untuk tanaman tembikai susu terutamanya jenis "Golden Langkawi", yang dieksport ke luar negeri seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan. 20 ekar kawasan lagi diperuntukkan untuk penanaman 'tongkat ali' tanaman herba yang terkenal untuk kesihatan dan popular serta dikatakan mempunyai kesan yang lebih baik daripada viagara.

Taman Agro Melaka di Selandar masih dalam peringkat awal pembangunan namun apabila kawasan ini pasti menjadi tarikan pelancong yang ideal apabila telah dibangunkan sepenuhnya kelak. Selain berpeluang merasa sendiri buah-buahan segar terus daripada pokok, taman agro ini juga menyediakan chalet-chalet untuk disewa bagi para pelancong yang berminat untuk bermalam di situ.

Selain itu pelbagai pusat tarikan juga telah dirancang antaranya, pusat aromatheraphy dan urutan tradisional, pusat pemeliharaan burung dan Mini zoo, kedai pengeluar yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta kawasan perkhemahan dan merentas hutan.

Selain menjadi pusat pelancongan dan rekreasi yang popular, taman ini juga dijangka bakal dijadikan pusat pembangunan pendidikan dan pembelajaran untuk para pelajar dan orang ramai secara umum.

 

 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)