|  
                                       Taman 
                                        ini terletak di kawasan seluas enam ekar 
                                        dan berkonsepkan 4 dalam 1, yang menggambarkan 
                                        "kemakmuran", pelbagai jenis tanaman herba 
                                        dan Tongkat Ali, sungai yang cantik dan 
                                        kehijauan tanaman pokok Kayu Manis.  
                                      Selain 
                                        penanaman pokok-pokok herba dengan campuran 
                                        kaedah pengalaman dan penggunaan teknologi 
                                        tinggi, pokok Tongkat Ali juga the dikomersialkan 
                                        dan kini terdapat 6000 pokok Tongkat Ali 
                                        di taman ini yang pasti tidak boleh didapati 
                                        di tempat lain.  
                                      Dengan 
                                        kewujudan kolam ikan dan aktiviti memancing, 
                                        ini telah menjadi tarikan utama para pelawat 
                                        ke sini terutama yang mempunyai hobi memancing. 
                                        Selain itu, para pelawat juga boleh menikmati 
                                        hidangan di restoran terapung yang menyediakan 
                                        juadah terdiri daripada ayam kampung, 
                                        ikan air tawar, sayur-sayuran organik, 
                                        dan minuman asli Tongkat Ali yang kesemuanya 
                                        dari Taman Herba dan Jati, pasti sukar 
                                        dilupakan oleh para pelawat yang pernah 
                                        berkunjung ke sini.  
                                      Dengan 
                                        dikelilingi oleh kehijauan pohon Tongkat 
                                        Ali disetiap penjuru, taman ini pasti 
                                        memberi kenangan manis kepada setiap pengunjung. 
                                         
         |