|  
                                       Taman 
                                        Agro Melaka, Sungai Udang terletak kira-kira 
                                        20km dari kesesakan Bandar Melaka. Taman 
                                        Agro, merupakan sebahagian daripada Pusat 
                                        Latihan Pertanian, Sungai Udang merangkumi 
                                        kawasan seluas 65 ekar yang mengandungi 
                                        kebun buah-buahan, tasik buatan manusia, 
                                        kolam ikan dan kawasan perkhemahan selain 
                                        kawasan hijau yang luas.  
                                      Para 
                                        pelawat ke taman ini boleh mengalami suasana 
                                        dusun yang sebenar dengan melalui pohon-pohon 
                                        buah di kebun. Sewaktu musim buah para 
                                        pelawat berkesempatan merasa buah-buah 
                                        segar yang baru dipetik.  
                                      Para 
                                        pelawat juga boleh menikmati pelbagai 
                                        lagi kemudahan dan tarikan di taman ini 
                                        seperti kebun sayur, taman bunga, taman 
                                        permainan kanak-kanak dan taman haiwan. 
                                         
                                      Untuk 
                                        aktiviti yang lebih mencabar, kemudahan 
                                        untuk aktiviti-aktiviti seperti berkhemah, 
                                        memanncing, berkenu, bot berbasikal, merentas 
                                        hutan dan memanjat pokok juga disediakan. 
                                         
               |