...............................
Populasi
Sejarah
Kronologi
...............................
 

 

   
GALERI GAMBAR
...........................
Parasmewara menjumpai Melaka
...........................
Admiral Cheng Ho
...........................
Christopher Colombus
...........................
Ketibaan Para Pedagang Arab
...........................
Para Pedagang China
...........................
Perjanjian Lama (Jawi)
...........................
Agricultural Activity
...........................
Sistem Keselamatan
...........................
Sir Stanford Raffles
...........................
 
Kronologi
 

Tahun

Peristiwa

1396

Parameswara belayar ke Temasik (Singapura) bersama para pengikutnya dan menjumpai Melaka.

1403

Utusan dagang rasmi pertama dari negara China tiba di Melaka diketuai oleh Laksamana Yin Ching.

1409

Laksamana Cheng-Ho, Komander Armada China tiba pertama di Melaka dalam tujuh pelayarannya di Lautan Hindi.

1411

Parameswara belayar ke China dengan 540 orang pengikut untuk bertemu dengan Maharaja Yung Lo, dinasti Ming.

1414

Parameswara berkahwin dengan seorang puteri Pasai (Indonesia) dan baginda memeluk Islam lalu menukar namanya kepada Raja Iskandar Shah.

1424

Anak Parameswara, Sri Maharaja menggantikan beliau menjadi Sultan. Beliau memeluk agama Islam dan menggunakan gelaran Mohamed Shah.

1444

Mohamed Shah digantikan oleh anak bongsunya Raja Ibrahim. Setahun kemudian Raja Ibrahim dibunuh dalam satu komplot istana dan dikebumikan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.

1446

Raja Kassim mewarisi takha dengan menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Di bawah pemerintahan baginda Melaka bertambah makmur. Baginda menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri Melaka.

1447

Serangan pertama dari Siam (Thailand). Siam berjaya dikalahkan dalam peperangan berhampiran Muar.

1456

Tun Perak menjadi Bendahara. Beliau bertugas di bawah empat orang Sultan. Tun Perak merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjadikan Melaka membangun sebagai sebuah kuasa besar maritime di kawasan Asia Tenggara.

1459

Sultan Mansur Shah menggantikan Sultan Muzaffar Shah. Laksamana Cheng Hi membawa Puteri Hang Li Po untuk menjadi isteri Sultan.

1477

Sultan Mansur Shah mangkat. Baginda digantikan oleh anaknya Alauddin Riaayat Shah yang berusia 15 tahun.

1488

Sultan Alauddin meninggal akibat diracun. Sultan Mahmud Shah yang menggantikannya membiarkan pentadbiran negara kepada Bendahara.

1498

Bendahara Tun Perak meninggal dunia.

1500

Tun Mutahir menggantikan Bendahara Tun Perak dengan menggunakan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Beliau menjadi Bendahara yang paling berkuasa dan berpengaruh.

1509

Ekspedisi perdagangan Armada Diraja Portugis diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira dengan 18 buah kapal tiba. Mereka diserang oleh orang-orang Melaka tetapi berjaya melepaskan diri dengan 20 orang menjadi tawanan.

1510

Bendahara Tun Mutahir dituduh melakukan komplot untuk membunuh Sultan. Beliau dan seluruh keluarganya telah dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud.

1511

Alfonso d’Alburquerque dan angkatan Portugisnya berjaya menyerang Melaka. Melaka telah dirampas dari orang-orang Melayu selama lebih empat setengah abad. Kota A Famosa telah dibina.

1513

Patih Unus pahlawan dari Jawa menyerang Melaka.

1518-1519

Sultan Mahmud Shah memerintahkan supaya tembok penghalang dibina disekeliling Melaka.

1525

Laksamana Hang Nadim menyerang kota A-Famosa. Catuan makanan dari Goa dibuat.

1545

St. Francis Xavier melawat Melaka dalam lawatan pertamanya daripada empat persinggahannya ke situ. Beliau menggunakan Melaka sebagai pusatnya di Timur. Dari situ beliau cuba mendapatkan peluang untuk pergi ke China.

1548

St. Paul College, sekolah portugis pertama ditubuhkan di Melaka oleh St. Francis untuk orang-orang Portugis yang beragama Katholik dan orang-orang tempatan yang baru memeluk agama Katholik.

1551

Gabungan tentera Johor, Japara dan Perak, menyerang Bandar Melaka selama tiga bulan.

1553

St. Francis Xavier meninggal pada tahun 1552 akibat demam panas ketika berada di Canton, China. Jenazah mendiang ditanam di gereja St. Paul selama enam bulan sebelum dihantar ke Goa, India.

1568

Sultan Johor menghantar orang-orangnya untuk menolong Melaka menentang serangan orang-orang Acheh di Selat Melaka selama 60 tahun.

1582

Portugis membantu Johor menangkis serangan Acheh.

1584

Johor dan Portugis betelingkah dan berperang atas masaalah perdagangan.

1587

Persahabatan antara Melayu Johor dengan Portugis semakin pudar dan Johor melancarkan perang laut besar-besaran ke atas Portugis, yang berjaya diselamatkan dengan bantuan dari Goa. Sebagai serang balas, pasukan tambahan Portugis menyerang dan menghancurkan Johor Lama.

1588

Ralph Ritch, orang British pertama yang melawat Melaka.

1597

Orang Belanda menyerang Belanda buat pertama kali.

1606

Orang Belanda, diketuai oleh Matelieff de Jonge, bergabung dengan Sultan Johor untuk menyerang Melaka. Selepas tiga bulan, pasukan bantuan tiba dari Goa dan Portugis berjaya mempertahankan Melaka.

1615/1616

Orang-orang Acheh menyerang Melaka sekali lagi.

1628/1629

Acheh berjaya menguasai Melaka selama lapan bulan sebelum Portugis berjaya merampasnya kembali.

1636

Orang-orang Belanda memusnahkan kapal-kapal Portugis di Pelabuhan Melaka.

1641

Orang Belanda menyerang lagi. Pada serangan terakhir ini, Portugis bertahan dengan bersungguh-sungguh tetapi gagal dan akhirnya menyerah kalah. Orang Belanda tiba di Melaka tetapi keadaan di Melaka sangat teruk dengan banyak bahagian yang musnah akibat perang.

1645

Tokong Cheng Hoon Teng dibina oleh Kapitan China, Li Kup. Kini ia merupakan tokong tertua yang masih berfungsi di Malaysia.

1650

Bangunan Stadhuys, dibina sebagai kediaman Gabenor Belanda dan para pengiringnya.

1710

Gereja St. Peter, dibina selepas Belanda memberi kebebasan beragama kepada mereka yang beragama Katholik. Ia merupakan gereja Kristian tertua yang masih berfungsi di Malaysia.

1753

Gereja Belanda, gereja Christ dibina bersebelahan bangunan Stadhuys di ‘Town Square’ siap selepas tempoh pembinaan selama 12 tahun.

1756

Orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Kemboja menyerang Melaka.

1784

Raja Haji cuba menawan Melaka, malangnya beliau terkorban dalam pertempuran di Teluk Ketapang.

1795

Syarikat Hindia Timur British mengambil-alih pemerintahan di Melaka untuk mengelakkannya jatuh ke tangan Perancis sewaktu Perang Napoleon.

1806

Dibawah perintah William Farquhar, orang-orang British mula memusnahkan Kota A Famosa dan merancang memindahkan para penduduk ke Pulau Pinang. Kos memusnahkan kota itu dianggarkan sebanyak £70,000.

1808

Sir Stamford Raffles datang ke Melaka and menghantar surat rayuan untuk menghentikan proses memusnahkan kota tersebut dan akhirnya sebahagian daripada kota A Famosa berjaya diselamatkan dan apa yang kita lihat pada hari ini.

1818

Melaka dikembalikan kepada Belanda di bawah perjanjian Vienna selepas perang Napoleon.

1819

Stamford Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Johor, Sultan Hussin Mohamed Shah yang menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur. Sultan Hussain Shah berpindah ke Melaka.

1824

Perjanjian Anglo-Belanda, yang memisahkan wilayah Belanda dan British dengan penyerahan Bangkahulu kepada Belanda manakala Melaka kepada British. Ini melenyapkan tradisi yang mengikat Sumatera dengan Melaka.

1826

Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan sebagai Negeri-Negeri Selat oleh kerajaan British di India.

1867

Negeri-Negeri Selat menjadi Tanah Jajahan Mahkota Inggeris dibawah Pejabat Jajahan.

1883

Tan Cheng Lock pengasas Kesatuan Cina Malaysia dilahirkan di Melaka. Sebagai Baba, keluarganya telah menetap selama 300 tahun di Malaysia.

1895

Tan Chay Yan, anak kelahiran Melaka, berpendidikan tinggi dan menjadi tuan tanah dan menanam ubi kayu, beliau merupakan orang yang menanam pokok getah pertama di Malaysia.

1901

Air Pancutan Permaisuri Victoria dibina. Diperbuat daripada batu marmar Inggeris, sempena memperingati Jubli Intan Permaisuri (1837-1897).

1942

Melaka diduduki oleh Jepun semasa Perang Dunia Ke-2.

1945

Melaka diperintah semula oleh British selepas Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura.

1948

Darurat selama 12 tahun, Malaysia menghadapi situasi perang dalaman menentang pengganas komunis bermula.

1956

Perdana Menteri Malaysia, Tuanku Abdul Rahman, mengumumkan berita mengenai kemerdekaan yang bakal berlaku di hadapan 50,000 orang yang berkumpul di Padang Pahlawan, Melaka.

1957

Malaysia mendapat kemerdekaan. Kommisioner Melaka, Residen British yang terakhir, H.G. Hammet menyerahkan lambang kermerdekaan kepada Gobernor tempatan pertama, pada 31 Ogos.

Tun Tan Siew, anak Tun Tan Cheng Lock, menjadi Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia yang pertama. Dua tahun kemudian beliau menjadi Menteri Kewangan.

1960

Darurat menentang komunis berakhir.

1963

Penubuhan Malaysia dengan gabungan Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak mewujudkan sebuah negara baru.

1989

Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah oleh Perdana Menteri Malaysia.

1996

Pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Budaya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

 
 
 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)