Pelbagai
warna yang terdapat pada lambang negeri
Melaka mewakili warna-warna rasmi Kesatuan
Malaysia dan menunjukkan bahawa Melaka
adalah sebahagian daripada Malaysia. Lima
bilah keris pula mewakili lima panglima
terkenal Melaka pada zaman dahulu. Bulan
sabit dan bintang melambangkan Islam sebagai
agama rasmi negeri. Manakala pohon Melaka
pula menunjukkan asal usul nama negeri
Melaka itu sendiri. Dua ekor pelanduk
yang menyokong perisai adalah lambang
bagi mengimbas kegagahan pelanduk dan
insiden yang melibatkannya sehingga pemerintah
pertama Melaka mendapat ilham membuka
negeri ini. Motto negeri Melaka ialah
"Bersatu Teguh."
|