Mengimbas
semula masa lampau, Melaka merupakan sebuah
negeri yang sangat masyhur dan terkenal
di rantau Asia Tenggara. Sejarah Melaka
bermula dengan legenda pelanduk berlawan
dengan anjing buruan seorang putera raja.
Pada awal tahun 1400, seorang putera raja
dari Sumatera/Palembang bernama Parameswara,
mengembara dari negeri baginda untuk mencari
kawasan baru yang lebih baik.
Baginda
sampai di sebuah tebing dan melihat kejadian
di mana seekor pelanduk berjaya menendang
dan mengalahkan anjing buruannya, dan
berasakan betapa beraninya haiwan tersebut.
Ekoran
daripada kejadian tersebut beliau menganggap
ianya adalah satu petanda menunjukkan
kebesaran dan kesucian kawasan tersebut.
Baginda terus menamakan kawasan itu sebagai
Melaka sempena pohon di mana Baginda berehat
dan menyaksikan kejadian ajaib itu.
Lama-kelamaan
Melaka berkembang dengan pesat dan popular
sebagai sebuah pusat perdagangan serta
menarik ramai orang luar datang ke situ.
Semenjak itu Melaka terus gemilang dan
makmur.
Melaka
bangkit dan menjadi pusat perdagangan
yang berkuasa serta makmur di antara Timur
dan Barat, dan akhirnya berkembang menjadi
sebuah empayar. Di sini pelbagai barangan
dagangan dari negara-negara sekitar dan
sejauh Eropah dan Amerika Selatan bertukar
tangan seperti emas, sutera, teh, tembakau,
minyak wangi dan lain-lain.
Empayar
Melaka bukan sahaja merangkumi bidang
perdagangan tetapi juga sebagai pusat
perkembangan Islam. Sebagai sebuah negara
Islam, Melaka berupaya meluaskan empayarnya
menerusi perkahwinan dan perdagangan.
Melaka
mempunyai hubungan yang baik dengan China
dan ini membolehkan empayarnya berkembang
ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan
sebahagian Sumatera. Memandangkan China
merupakan sebuah negara yang berkuasa
pada masa itu, hubungan dengannya membolehkan
Melaka mendapat pengiktirafan dan dikenali
di arena antarabangsa.
Sebagai
sebuah empayar yang besar pada zaman itu,
Melaka mempunyai struktur pemerintahan
yang paling sistematik. Sistem pentadbiran
piramid Melaka diketuai oleh Sultan, diikuti
oleh Pembesar Berempat iaitu Bendahara,
Temenggung, Penghulu Bendahari dan Laksamana.
Era
Kejatuhan Melaka - Penjajahan
|
Kegemilangan,
kemakmuran dan kemasyhuran Melaka menarik
minat ramai kuasa asing bukan sahaja untuk
berdagang tetapi juga untuk ditakluki.
Percubaan untuk menawan Melaka pernah
di buat oleh Siam pada tahun Masihi 1446
dan 1456.
Kemudian,
kedatangan Portugis yang diketuai oleh
Alfonso de Alburquerque, telah berjaya
menawan Melaka pada tahun 1511. Orang-orang
Portugis cuba mengekalkan dan kegemilangan
dan kemakmuran Melaka namun mereka gagal
dan akhirnya mereka dikalahkan oleh Belanda
pada tahun 1641.
Orang-orang
Belanda memerintah Melaka dari tahun 1641
hingga 1795 namun mereka juga gagal mengembalikan
kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan
antara Timur dan Barat. Melaka kemudiannya
dipindahkan kepada pemerintahan British
pada 1795 sehingga diserahkan secara rasmi
kepada British di bawah Perjanjian Inggeris
Belanda pada tahun 1824.
Melaka
berada di bawah pemerintahan British sehinggalah
perang dunia ke-2 dan Jepun berjaya menduduki
Melaka dari tahun 1941-1945, namun Melaka
kemudian dikembalikan kepada British.
|