Rumah
yang dibina pada suku ketiga kurun ke-20,
mempunyai ciri-ciri rekabentuk pada zaman
itu telah diubahsuai oleh keluarga Allahyarham
Tuan Haji Hashim bin Dato' Demang Abdul
Ghani menjadi sebuah muzium persendirian.
Terletak di Kg. Morten, satu-satunya kampung
Melayu di tengah-tengah bandar Melaka.
Rumah ini mengandungi sejarah sejak Akta
1920. Para pelawat boleh melihat koleksi-koleksi
pakaian, sulaman-sulaman tradisi Melayu,
perabot-perabot antik Melayu, senjata-senjata
Melayu dan pelbagai pusaka lama yang menarik.
Buku
tetamu - Dari 1960 ke 2000
Semua
pelawat akan dilayan secara peribadi oleh
ahli keluarga tersebut. Masuk percuma.
Villa
Sentosa
138 Kampung Morten
75300 Melaka
Tel: +606 282 3988
Masa melawat :
Jumaat : 2.45pm - 5.00pm
Hari-hari lain : 9.00am - 1.00pm and 2.00pm
- 5.00pm
|