Mewarisi
kegemilangan masa lampau, Melaka kini
merupakan pusat tarikan bagi tempat-tempat
bersejarah di Malaysia. Dikenali sebagai
Bandaraya Bersejarah Malaysia, Melaka
mempunyai pelbagai legenda, monumen-monumen
dan artifak-artifak yang berusia lebih
500 tahun.
Sebagai
pusat pertemuan antara timur dan barat,
Melaka mempunyai kebudayaan dan sosial
masyarakat yang unik berasaskan sejarah
negeri ini. Percampuran senibina barat
dan tamadun masyarakat timur telah menghasilkan
panorama yang menakjubkan di daerah ini.
Anda boleh merasakan penyatuan kegemilangan
lampau dan kemodenan masa kini bergabung
membentuk satu suasana sejahtera dan harmoni.
|