Terletak
kira-kira 3 km dari Bandar Melaka, masjid
negeri ini mula dibina pada 14 Mac 1984
dan siap sepenuhnya serta mula digunakan
pada 12 Januari 1990. Projek pembinaannya
yang menelan belanja sebanyak RM19.5 juta
ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Azlan
Shah pada 13 Julai 1990 bersamaan denga
20 Zulhijjah 1410 H.
Unsur-unsur
keistimewaan Masjid Al-Azim :
Muatan
Jemaah |
11
700 Orang |
Ketinggian
Dari Tapak ke Kemuncak |
135.11
kaki |
Ketinggian
Menara |
188.0
kaki |
Jarak
Antara Tiang |
105.0
kaki |
Panjang
Rusuk Utama |
5
x 5x 60 - 105 kaki |
Ketinggian
Tiang |
45.6
kaki |
Ketinggian
Struktur Bumbung |
110.0
kaki |
Masjid
ini mempunyai ruang-ruang berikut:
- Dewan
Solat Utama
- Bilik
Mesyuarat
- Mezzanine
-
Bilik Imam
-
Bilik Kenamaan (VIP)
- Bilik
Persalinan Lelaki dan Wanita
-
Bilik Wuduk Lelaki dan Wanita
-
Rumah Pegawai Masjid
- Tempat
Meletak Kereta
- Landskap
Seni Taman
Model
Masjid Al-Azim telah disediakan oleh Jawatankuasa
Senireka yang mengambil kira aspek-aspek
senibina tradisi Melayu dan seniukir Islam.
Sesuai dengan keunikannya itu, rekabentuk
masjid ini boleh dilihat dari dua sudut,
dalaman dan luaran.
Luaran
tapak masjid ini berbentuk segiempat yang
disesuaikan dengan bumbumg tiga tingkat
yang juga sama bentuknya. Ilham ini berdasarkan
bentuk masjid pertama yang dibina oleh
Nabi Muhammad S.A.W. Ianya selaras dengan
hakikat Islam itu sendiri yang terdiri
dari empar unsur utama. Tpaknya melambangkan
syariat (Perundangan Islam), tingkat pertama
melambangkan tariqat (Jalan mendekati
Allah), tingkat kedua melambangkan haqiqat
(Mencari kebenaran Allah) dan tingkat
ketiga pula melambangkan makrifat (Mengenal
Allah) dan puncaknya yang berukir-ukir
digantikan dengan Dom.
Menara
masjid Al-Azim setinggi 188 kaki (57.3m)
dibina berbentuk segi lima yang berfalsafahkan
rukun Islam. Asalnya dijadikan tempat
bilal melaungkan azan bagi menandakan
masuk waktu sembahyan. Jika dilihat dari
jauh pula, ia lebih nyata sebagai satu
mercu tanda masjid.
|