...............................
...............................
   
GALERI GAMBAR
...........................
Marhaban Ya Ramadhan
Pelamin
...........................
Koleksi Pengantin
...........................
Pentas di Kg Seri Tanjung
...........................
Industri Plastik
...........................
Laman Utama // Penginapan // Homestay // Kg Seri Tanjung
 
Kampung Seri Tanjung
 
Marhaban Ya Ramadhan


Terletak hanya kira-kira 0.5km dari bandar Masjid Tanah. Dari bandar Melaka jarak Kampung Seri Tanjung ialah kira-kira 27km dan 13km dari bandar Alor Gajah. Antara tempat-tempat menarik berdekatan kampung ini ialah Pantai Tanjung Bidara dan Taman Air A Famosa. Laman maya kampung ini boleh dilawati di http://www.malaccacom.net/Homestay-Kg.SeriTanjung

 

SEJARAH

Pada awalnya kampung ini dikenali sebagai Ujung Tanjung kerana dikelilingi oleh sawah padi dan telah wujud lebih dari 150 tahun. Sebelun tahun 1987, kampung ini diletakkan di bawah JKKK Solok Duku. Bagaimanapun, pada tahun 1986, atas cadangan Ketua Menteri, Kampung Ujung Tanjung telah ditukar namanya kepada Kampung Seri Tanjung.



OBJEKTIF

  • Mewujudkan kerjasama dan Persefahaman di kalangan keluarga-keluarga angkat melalui aktiviti-aktiviti bersama
  • Menegak dan mengukuhkan prinsip-prinsip sukarela di kalangan keluarga-keluarga angkat.
  • Menyebarkan penerangan maklumat-maklumat mengenai kegiatan pelancongan khasnya produk Homestay.
  • Membina semangat kepimpinan dan dedikasi di kalangan ahli.
  • Menjalankan dan menyediakan apa-apa perniagaan persendirian, perkongsian atau secara bersama.

Diwujudkan dan dilancarkan di peringkat negeri pada bulan Ogos 1997. Terdapat 25 buah keluarga yang terlibat dan 40 buah bilik yang ditawarkan. Menerima semua pelancong dalam dan luar negeri.


DAYA TARIKAN

Selain dari menikmati keseronokan merasai suasana di kampung, tetamu adalah dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti harian dikalangan penduduk kampung seperti :

Secara berkumpulan:

  • Kenduri cara adat tempatan
  • Sukaneka
  • Persembahan Kebudayaan dan Kesenian
  • Qiamullail di masjid

Secara individu:

  • Bersama-sama memasak makanan
  • Mandi dan membasuh di perigi
  • Memotong getah, bertani atau sebagai nelayan
  • Memancing ikan air tawar
  • Mangambil kelapa dengan menggunakan beruk
Hubungi

En Mohd Yusof B. Saleh
Tel : +606 384 5853
H/P : 012 658 896

Puan Radin Mas Bte Abd Wahab
H/P: 013 613 8821

Fax : +606 385 1684
 

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)