Laman Utama // Penafian
 
Penafian
 

SYARAT-SYARAT DAN PERKARA-PERKARA : PERJANJIAN PENGGUNA BITT

SILA BACA SYARAT-SYARAT DAN PERKARA-PERKARA BERIKUT DENGAN TELITI:

 1. Perjanjian dan Syarat-syarat Am Penggunaan

1.1 Perjanjian ini mengawal penggunaan anda dalam perkhidmatan maklumat Malaccacom.net ("Perkhidmatan") yang dijalankan oleh Boustead IT Telecommunication Sdn Bhd ("BITT").

1.2 Anda bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat dalam Perjanjian ini dalam memastikan anda kekal sebagai pengguna yang sah Perkhidmatan ini, dan penggunaan anda dalam Perkhidmatan ini menandakan anda bersetuju mematuhi syarat-syarat tersebut. Anda bertanggunjawab sepenuhnya terhadap penggunaan anda dalam Perkhidmatan ini, dan untuk segala penggunaan Perkhidmatan ini oleh orang lain menggunakan nama dan kata laluan anda, dan memastikan setiap penggunaan menepati sepenuhnya syarat-syarat yang termaktub di dalam Perjanjian.

1.3 BITT berhak, di dalam pertimbangannya, untuk menukar atau mengubah semua atau sebahagian daripada Perjanjian ini pada bila-bila masa, berkuatkuasa serta merta dengan notis apabila disiarkan pada Perkhidmatan ini. Penggunaan anda secara berterusan dalam Perkhidmatan ini menetapkan persetujuan anda dengan syarat-syarat dan perkara-perkara tersebut, termasuk sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang dibuat oleh BITT. JIKA PADA BILA-BILA MASA ANDA BERASAKAN SYARAT-SYARAT DAN PERKARA-PERKARA DALAM PERJANJIAN INI TIDAK LAGI DITERIMA OLEH ANDA, ANDA PERLU MENGHENTIKAN SEMUA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI SERTA-MERTA.

 

2. Kewajipan Anda

2.1 Anda dengan ini bersetuju akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberikan maklumat yang benar, tepat, semasa dan lengkap mengenai diri anda seperti yang dikehendaki untuk anda mendapatkan laluan dan menggunakan Perkhidmatan ini dan seterusnya memastikan dan sentiasa mengemaskini data tersebut supaya sentiasa benar, tepat, semasa dan lengkap.

2.2 Jika anda didapati memberikan maklumat palsu, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap atau BITT mempunyai asas yang munasabah untuk mengesyaki maklumat tersebut palsu, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap, BITT boleh, tanpa melibatkan hak-hak dan tawaran lain, menggantung atau menamatkan laluan dan penggunaan anda dalam Perkhidmatan ini (atau sebahagian daripadanya).

2.3 Anda mengetahui dan bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan kata laluan anda. Anda bersetuju menggunakan kata laluan untuk kegunaan anda sahaja dan tidak membenarkan orang lain menggunakan kata laluan anda. Anda juga bersetuju bahawa BITT tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan Perkhidmatan ini tanpa kebenaran dan sebarang penggunaan kata laluan atau yang berkaitan dengan laluan dan/atau penggunaan Perkhidmatan akan dianggap dilakukan oleh anda sama ada ianya dilakukan oleh anda atau orang lain yang berpura-pura sebagai anda.

2.4 Anda mengetahui bahawa anda bertanggungjawab untuk semua kos dan caj, termasuk tanpa had, caj telefon dan peralatan komunikasi yang dikenakan untuk anda memasuki dan/atau menggunakan Perkhidmatan ini.

 

3. Penggunaan Kandungan

3.1 Perkhidmatan ini dan segala maklumat, data, teks, gambar, grafik, logo, pesanan, video, muzik, bunyi atau lain-lain bahan (kandungan) yang disediakan atau berkaitan dengan Perkhidmatan adalah disediakan oleh/atau kepada BITT oleh pengeluarnya, penulisnya, pengusaha dan vendornya (mulai ini dirujuk sebagai ‘penyumbang kandungan pihak ketiga’) adalah dilindungi oleh hakcipta, tanda niaga dan lain-lain harta intelektual dan undang-undang hakmilik dan dimiliki dan/atau dikawal oleh BITT dan/atau penyumbang kandungan pihak ketiga.

3.2 Anda boleh memindah terima kandungan dari Perkhidmatan hanya untuk kegunaan persendirian, bukan komersial, kegunaan dalaman dan anda tidak akan menggunakan kandungan ini tanpa sebarang kenyataan bertulis kebenaran dari BITT dan pemilik hakcipta atau ejen yang disahkan. Anda tidak akan menyalin, mengubahsuai, menerbitkan semula, menyiar, menghantar atau menjual, mengulang cetak, menghasilkan kerja dengan mencedok darinya, mengedarkan, mempersembahkan, menayangkan, atau dengan apa cara sekalipun mengeksploitasi mana-mana bahagian kandungan. Anda tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan atau pengubahsuaian kepada mana-mana bahagian kandungan yang anda dibenarkan memindah terima di bawah Perjanjian ini, dan dalam perkara ini anda tidak dibenarkan memadam atau mengubah sebarang perkara hakmilik atau notis-notis berkaitan dalam mana-mana kandungan. Anda bersetuju bahawa semua hak dalam Perkhidmatan ini dan mana-mana kandungan yang didapati dalam Perkhidmatan ini yang tidak diberikan kepada anda di bawah Perjanjian ini adalah dinyatakan hanyalah untuk BITT dan/atau para pemegang lesennya.

 

 4. Peraturan Kelakuan

4.1 Anda mengetahui dan bersetuju bahawa kandungan, sama ada dihantar secara am atau persendirian, adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya orang yang mula-mula menghantar kandungan tersebut dan berikutan ini, BITT tidak menjamin sebarang ketepatan, kelengkapan, kesemasaan, kejujuran atau kualiti sebarang kandungan.

4.2 Seterusnya anda sedia maklum bahawa kandungan yang disediakan oleh Perkhidmatan, termasuk sebarang maklumat, data dan bahan-bahan yang anda sediakan berkemungkinan tidak bebas dari sebarang campur tangan dari pihak ketiga dan anda bersetuju untuk menerima sebarang risiko atas mana-mana kemasukan tanpa kebenaran untuk maklumat, data dan bahan-bahan sedemikian.

4.3 Anda tidak akan menghantar melalui Perkhidmatan ini apa-apa kandungan yang berbentuk (a) menghasut, mengeji, memfitnah, menggugat keselamatan negara, lucah, pornografi, kata-kata kesat, mengganggu atau mengugut, (b) mengandungi virus-virus atau lain-lain ciri yang mencemar dan merosakkan, (c) melanggar hak-hak orang lain, seperti kandungan yang mencabul mana-mana hakcipta, tanda dagang, paten, rahsia dagang atau melanggar mana-mana hak privasi atau publisiti, atau (d) dalam kata lain melanggar mana-mana undang-undang berkenaan yang diguna pakai. Anda tidak dibenarkan menghantar melalui Perkhidmatan ini apa sahaja pautan ke mana-mana laman Internet luar yang berunsur lucah atau pornografi. Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan ini untuk tujuan komersial, untuk mengedarkan sebarang bentuk pengiklanan atau yang sedemikian bertujuan meminta derma atau barangan dan perkhidmatan atau yang sedemikian untuk meminta pengguna lain menyertai pertandingan perkhidmatan talian.

4.4 Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan ini untuk sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang atau perkara-perkara lain yang tidak terkandung di sini, termasuk tanpa had, cubaan untuk bertolak ansur dengan keselamatan dengan mana-mana rangkaian akaun atau laman, menjalankan loteri haram atau operasi perjudian, penyamaran, berpura-pura, berbohong, kenyataan palsu atau dalam ertikata lain mengenalkan diri anda sebagai orang atau entiti lain, mengumpul dan menyimpan data peribadi mengenai pengguna-pengguna lain, meniru lambang atau memanipulasikan pengenalan diri untuk menyamar asal-usul apa-apa kandungan, memindah hantar, menghantar, atau menyiar apa-apa kandungan yang anda tidak mempunyai hak untuk menyiarkannya di bawah mana-mana undang-undang yang diguna pakai, atau dibawah perkara bersifat kontrak atau hubungan pemfaktoran dan memindah hantar, menghantar atau yang demikian menyiar apa-apa kandungan yang mengandungi virus perisian atau lain-lain kod komputer, fail atau program yang direkacipta untuk mengganggu, memusnah atau menghadkan fungsi mana-mana perisian, perkakasan atau peralatan telekomunikasi komputer.

4.5 Anda menjamin bahawa apa-apa bahan atau maklumat yang anda jadikan boleh didapati menerusi Perkhidmatan ini, sepenuhnya adalah kerja asli anda, atau anda menpunyai hak-hak dan lesen-lesen yang berkenaan untuk membuat bahan atau maklumat mana-mana entiti atau kepunyaan orang lain untuk didapati di Perkhidmatan ini. Anda juga akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mana-mana kandungan bahan atau maklumat yang anda jadikan boleh didapati di Perkhidmatan ini. Anda juga akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerosakan kesan daripada perbuatan anda menjadikan mana-mana bahan yang boleh didapati menerusi Perkhidmatan ini.

4.6 Anda sedia maklum dan bersetuju bahawa anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan ini untuk menghantar sebarang e-mel yang tidak dikehendaki atau ‘spam’ dan dengan pelanggaran syarat-syarat ini BITT berhak menggunakan haknya yang berkaitan, sama ada menerusi undang-undang atau ekuiti, boleh mendapatkan injuktif bebas dari sebarang bentuk penghantaran sedemikian. BITT berhak untuk menghalang, menapis atau memadamkan e-mel yang tidak dikehendaki atau yang tidak berkenaan.

4.7 Anda sedia maklum dan bersetuju bahawa walaupun BITT akan cuba menghantar semua e-mel yang dialamatkan kepada e-mel anda dalam Perkhidmatan ini, akan terdapat kemungkinan pihak ketiga, yang mungkin adalah pengguna atau bukan pengguna Perkhidmatan ini, mengganti atau cuba mengganti sejumlah besar mesej e-mel, tanpa atau menerusi pelayan (server) BITT. Oleh yang demikian, BITT mempunyai hak untuk membuang e-mel gantian tersebut kerana ia menggunakan peralatan BITT tanpa kebenaran. Sebarang e-mel yang dialamatkan kepada anda di bawah jagaan Perkhidmatan ini yang termasuk di dalam kumpulan e-mel gantian tersebut mungkin tidak akan dihantar kepada anda.

4.8 Dengan membuat mana-mana bahan atau maklumat boleh didapati menerusi Perkhidmatan ini, anda secara automatik membenarkan BITT secara meluas dan keseluruhannya, tanpa royalti, selamanya, muktamad, hak tak eksklusif dan lesen untuk mengedit, menyalin, menerbitkan, mengedarkan, menterjemah dan antara lain menggunakan mana-mana medium atau mana-mana kandungan yang anda masukkan dalam Perkhidmatan ini tanpa sebarang pampasan kepada anda. Dengan menjadikan mana-mana bahan atau maklumat boleh diperolehi menerusi Perkhidmatan ini, anda juga memberi kebenaran kepada pengguna-pengguna lain selain daripada anda hak dan lesen untuk mendapatkan, melihat, menyimpan atau menerbitkan semula bahan dan maklumat anda untuk kegunaan peribadi pengguna tersebut, untuk kegunaan dalaman.

4.9 BITT tidak mempunyai kewajipan untuk, dan tidak akan serta tidak boleh, memeriksa setiap perkara, bahan atau maklumat yang anda dan para pengguna lain, yang menjadikan maklumat boleh diperolehi melalui Perkhidmatan ini, dan BITT tidak bertanggungjawab untuk sebarang kandungan bahan atau maklumat tersebut. Walaubagaimanapun, BITT mempunyai hak untuk memadam, memindah, atau mengedit sebarang bahan atau maklumat yang dirasakan, dalam pertimbangan yang sewajarnya, tidak boleh diterima, berunsur fitnah, memfitnah, berunsur lucah, pornografi, mengandungi kata-kata kesat dan menghina, atau mencabuli sebarang undang-undang atau yang melanggar atau mencabuli sebarang hak lain-lain orang atau entiti. Selanjutnya, BITT berhak untuk untuk mendedahkan sebarang bahan atau maklumat yang diperlukan untuk memenuhi kehendak sebarang undang-undang, peraturan, atau permintaan kerajaan

 

5. Penafian atas Jaminan; Tidak Termasuk dalam Tanggungan

5.1 Anda dengan nyata bersetuju bahawa risiko penggunaan Perkhidmatan ini ditanggung sepenuhnya oleh anda. BITT atau mana-mana syarikat induknya, subsidiarinya, anggota gabungannya, pekerjanya, wakil, edarannya, pihak ketiga penyumbang kandungan, atau pemegang lesen (dan para pengarah, pegawai, pekerja dan agen berkenaan), [seterusnya akan dirujuk secara terkumpul sebagai ‘Pihak BITT’] tidak menjamin bahawa Perkhidmatan ini tidak akan terganggu atau bebas dari kesilapan, bebas dari pencerobohan atau serangan daripada sesiapa, virus-virus komputer, ‘trojan horse’, ‘worms’ dan/atau lain-lain komponen yang merosakkan dan memusnahkan atau sebarang kerosakan yang dikenalpasti akan diperbetulkan atau tidak ada sebarang penangguhan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan dalam penghantaran maklumat.

5.2 BITT dan Pihak BITT dengan ini menyatakan penafian atas segala tanggugjawab atau tanggungan untuk ketepatan, kepercayaan, kesempurnaan, kesahihah, kesemasaan, kualiti atau kesediaan kandungan, maklumat, penghantaran, atau balasan penghantaran yang terdapat dalam Perkhidmatan ini, atau mana-mana pautan kepada laman-laman lain atau perkhidmatan yang disediakan dalam Perkhidmatan ini.

5.3 Maklumat di dalam Perkhidmatan ini disediakan sepenuhnya atas dasar bahawa pengguna akan bertanggungjawab untuk membuat penilaian berkaitan dengan perkara yang diperbincangkan dan dinasihatkan untuk mengenalpasti semua maklumat yang disiarkan, kenyataan dan maklumat yang diperolehi daripada pihak-pihak yang berkenaan, kenyataan dan maklumat dan mendapatkan nasihat pihak profesional berkecuali sebelum bertindak dan/atau bergantung kepada sebarang maklumat yang terkandung di dalam atau berkaitan dengan Perkhidamatan ini.

5.4 PERKHIDMATAN INI, SEGALA KANDUNGAN, BAHAN, MAKLUMAT, PENGHANTARAN, ATAU BALASAN PENGHANTARAN YANG TERDAPAT DI DALAM PERKHIDMATAN INI ADALAH DISEDIAKAN ATAS DASAR ‘SEBAGAI’ DAN ‘SEBAGAIMANA DIPEROLEH’ TANPA SEBARANG APA JUA BENTUK JAMINAN, DINYATAKAN ATAU DIBAYANGKAN.

5.5 BITT ATAU MANA-MANA PIHAK BITT TIDAK AKAN BERKEWAJIPAN UNTUK SEBARANG KEROSAKAN SECARA LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, TIDAK DISENGAJA, KHAS ATAU AKIBAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, KEROSAKAN UNTUK KERUGIAN KEUNTUNGAN, NAMA BAIK, DIGUNAKAN, DATA ATAU LAIN-LAIN KERUGIAN YANG TIDAK DAPAT DIKESAN, BERLAKU AKIBAT PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DAN/ATAU SEBARANG KEGAGALAN DALAM PERSEMBAHAN, KESILAPAN, PENGABAIAN, GANGGUAN, KEROSAKAN, KELEWATAN DALAM OPERASI, KEGAGALAN TEKNIKAL PERISIAN ATAU PERKAKASAN, VIRUS-VIRUS KOMPUTER ATAU SEBALIKNYA, WALAUPUN PIHAK BERKENAAN TELAH DINASIHATKAN MENGENAI KEMUNGKINAN KEROSAKAN ATAU KERUGIAN BERKENAAN. DALAM PERKARA INI JIKA BITT DIDAPATI BERKEWAJIPAN UNTUK SEBARANG BENTUK KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG WUJUD DARI ATAU DALAM HUBUNGAN DENGAN PERKHIDMATAN INI JUMLAH TANGGUNGAN BITT TERHAD KEPADA RM100 SAHAJA.

5.6 ANDA SECARA NYATA SEDIA MAKLUM DAN BERSETUJU BAHAWA BITT DAN MANA-MANA PIHAK BITT TIDAK BERKEWAJIPAN UNTUK SEBARANG PERKARA BERUNSUR FITNAH, SUMBANG ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG YANG DILAKUKAN OLEH MANA-MANA PENGGUNA, TERMASUK ANDA.

 

6. Pautan

6.1 Perkhidmatan ini berkemungkinan mempunyai pautan ke lain-lain laman web, yang dimiliki dan diselenggarakan oleh pihak lain. Kewujudan pautan berkenaan adalah untuk kemudahan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sokongan, pengesahan atau persetujuan pihak laman-laman berkenaan atau kandungannya. Pautan ke laman-laman berkenaan dan kepercayaan dan/atau penggunaan maklumat atau perkhidmatan yang disediakan adalah atas tanggungjawab anda sendiri dan BITT tidak menjamin segala berkaitan kandungan laman-laman tersebut dan tidak akan bertanggungjawab atau berkewajipan untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang berkaitan dengannya.

 

7. Pampasan/Gantirugi

7.1 Anda bersetuju untuk menjamin pampasan/gantirugi, mempertahankan dan memastikan BITT dan mana-mana pihak BITT adalah terlindung dari dan menolak sebarang dan segala bentuk tuntutan, tanggungan, kerugian, kos dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman) yang diakibatkan oleh mana-mana pihak BITT berkaitan dengan segala bentuk penggunaan atau penyalahgunaan Perkhidmatan di bawah kata laluan anda oleh sesiapa jua sama ada dengan atau tanpa kebenaran anda. Tidak bercanggah dengan di atas, BITT mempunyai hak, atas perbelanjaannya sendiri, untuk menganggap pertahanan dan kawalan eksklusif ke atas semua perkara kecuali berkaitan dengan jaminan oleh anda, dan dalam kes berkaitan, anda bersetuju untuk bekerjasama dengan pembelaan BITT atas tuntutan berkaitan.

 

8. Penamatan Perkhidmatan

8.1 BITT berhak, dalam pertimbangannya, untuk menyekat, menggantung atau menamatkan laluan masuk anda ke semua atau sebahagian dari Perkhidmatan ini pada bila-bila masa atas sebarang sebab tanpa sebarang notis atau tanggungan. BITT boleh menukar, menggantung atau menghentikan semua atau mana-mana aspek Perkhidmatan ini pada bila-bila masa, termasuk kemudahan, pangkalan data, atau kandungannya, tanpa sebarang notis atau tanggungan.

 

9. Pelbagai

9.1 Tidak bercanggah seperti di atas di mana anda mendapat laluan kepada Perkhidmatan ini, mengikut Perjanjian ini,segala perlakuan anda di bawahnya, dan sebarang pertikaian yang timbul di bawahnya akan dikawal selia dan ditafsirkan mengikut undang-undang negara Malaysia, dan persetujuan muktamad pihak yang terbabit untuk membawa apa-apa dan segala tindakan, pertikaian, atau kontroversi berkaitan dengan Perjanjian ini ke froum eksklusif, pengadilan dan tempat di Mahkamah Malaysia.

9.2 Perjanjian ini menyatakan keseluruhan persetujuan antara pihak-pihak berkaitan dengan perkara-perkara yang disebutkan di atas, dan menggantikan semua perjanjian bertulis dan lisan terdahulu antara semua pihak mengenai perkara terbabit. Jika terdapat ketidak seimbangan antara perkara-perkara perjanjian ini dan sebarang perkara dan syarat tambahan yang disampaikan menerusi Perkhidmatan ini, perkara tersebut akan ditafsirkan untuk melupuskan sebarang ketidak seimbangan, jika berkemungkinan, dan jika tidak, perkara dan syarat tambahan ini akan diguna pakai.

9.3 Bahagian 3, 4, 5 dan 6 akan kekal dari sebarang bentuk penamatan Perjanjian ini dan juga lain-lain bahagian, yang mana perkara-perkara berkenaan yang dibuat untuk dikekalkan.

9.4 Sebarang kesabaran atau kegagalan BITT dalam melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak atau kehendak Perjanjian ini tidak boleh digunakan sebagai alasan penyerahan hak atau kehendak melainkan dibuat dengan bertulis dan sebarang penyerahan hak yang dibuat oleh BITT tidak boleh digunakan sebagai penyerahan hak untuk sebarang hak atau keperluan pada masa depan melainkan dinyatakan secara bertulis.

9.5 Jika mana-mana bahagian Perjanjian ini didapati oleh mana-mana mahkamah atau badan pentadbiran keadilan tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian yang dianggap tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan tidak akan menjejaskan bahagian-bahagian lain dan bahagian-bahagian yang tidak terlibat dengan perkara tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan itu akan kekal sepenuhnya.

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)