Laman Utama // Profail
 
Profail
 

MelakaCom.Net ialah gerbang e-dagang rasmi negeri Melaka. Ia telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan dalam menjayakan matlamat menjadikan Melaka sebuah negeri berasaskan teknologi maklumat menjelang tahun 2010. Gerbang ini menjadi hentian utama dalam membolehkan anda mendapatkan segala jenis maklumat dan perkhidmatan selain menghubungkan anda dengan pelbagai jenis bidang mengikut minat anda menerusi jaringan internet.

MelakaCom.Net menyediakan maklumat terperinci mengenai negeri Melaka, termasuk aspek sejarah negeri, pelancongan, kerajaan negeri dan perniagaan. Gerbang ini dapat membantu anda mendapatkan gambaran sebenar mengenai Melaka dengan segera, "maklumat di hujung jari." Layarilah Melaka sejak zaman dahulukala hingga ke zaman moden. Anda juga boleh mendapatkan kemudahan untuk memasuki senarai hotel, perniagaan, institusi kewangan, institusi kesihatan, pusat-pusat membeli-belah dan akses kepada maklumat mengenai pelbagai jabatan kerajaan serta pelbagai maklumat lain.

Gerbang ini adalah satu usaha pembangunan berterusan yang untuk meningkatkan proses perniagaan menerusi dunia siber. Segala perkhidmatan kami merangkumi aspek seperti reka bentuk dan pembangunan laman web, hos web serta iklan berbentuk banner bagi membantu anda menjadi sebahagian daripada ahli perkambungan dunia internet. Objektif kami adalah untuk menggalakkan para peniaga dengan para pengguna untuk menyertai peluang perniagaan yang lebih meluas. Selain itu, para pengguna perkhidmatan gerbang ini dapat menggunakan e-mel percuma untuk kemudahan berkomunikasi melalui media elektronik. Kami sedia maklum bahawa perkhidmatan ini sudah menjadi sebahagian daripada keperluan asas untuk perniagaan moden dalam dunia siber.

Perkembangan teknologi maklumat sekarang mengalami perubahan drastic yang memberi kesan dalan kehidupan seharian termasuk cara pengurusan perniagaan kita. Amat menakjubkan apabila kita melihat bagaimana masyarakat menyerap penggunaan teknologi ini yang telah memberi kesan mendalam dalam merubah dan mengawal gaya hidup manusia pada abad ke-21. Setiap dari kita memikul sebahagian daripada tanggungjawab untuk memastikan pembangunan teknologi maklumat ini supaya ia sejajar dengan matlamat kebangsaan dan seiring dengan era digital serta ekonomi bermaklumat. Berlandaskan sokongan daripada kerajaan negeri Melaka, MelakaCom.Net telah dijadikan perintis dalam memainkan peranan ke arah mewujudkan negeri Melaka sebagai sebuah negeri berteknologi maklumat.

Bergembiralah melayari gerbang ini dan anda dialu-alukan untuk terus melayari laman kami bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai Melaka dan menerokai kaedah-kaedah terbaru untuk mengembangkan lagi perniagaan anda secara elektronik.

 

MATLAMAT

  • Memastikan pembangunan e-dagang di Melaka
  • Untuk mencapai matlamat menjadikan Melakas sebuah negeri berasaskan teknologi maklumat menjelang 2010
  • Untuk memenuhi keperluan penduduk Melaka dalam era siber dan teknologi maklumat
  • Untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat di Melaka
  • Untuk menjadi salah sebuah syarikat teknologi maklumat yang paling berketrampilan di Melaka.
 

OBJEKTIF

Objektif BITT adalah untuk melaksanakan pembangunan, penyelidikan dan operasi infrastruktur sistem maklumat yang merangkumi aspek-aspek rekabentuk, pembangunan, pembekalan dan mewujudkan Pusat Sumber Maklumat Melaka dengan gabungan segala komponen perisian dan perkakasan untuk segala perkhidmatan telekomunikasi dan komunikasi data.

 

PERKHIDMATAN

BITT menjalankan gerbang e-dagang dengan nama "MelakaCom.Net" (MalaccaCom.Net.my; MelakaCom.Net., MelakaCom.Net.my - semua nama boleh mengakses kepada gerbang ini.) Syarikat ini telah diberi mandat oleh kerajaan negeri Melaka dan Yayasan Melaka untuk melaksanakan e-dagang di Melaka. MalaccaCom.Net adalah "Gerbang E-Dagang Rasmi" untuk negeri Melaka.

MalaccaCom.Net menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

  1. E-mel percuma
  2. Maklumat perkhidmatan-perkhimatan di Melaka, Promosi Pelancongan (tempat-tempat menarik), Kebudayaan dan Kesenian, Membeli-belah, Tempat-tempat menjamu selera, Hotel dan kemudahan konvensyen, Kemudahan kesihatan, Perbankan, Kemudahan pengangkutan, Perdagangan dan promosi industri, Industri Kecil dan Sederhana, Berita dan Aktiviti.
  3. Rekabentuk laman web
  4. Hos web
  5. Pengiklanan web
  6. Tempahan - Hotel, Restoran, Hospital, Pendidikan
  7. Pindahan menerusi Talian - Pembayaran untuk pembelian
  8. Borang-borang elektronik kerajaan
  9. EIS (Perkhidmatan Maklumat Eksekutif)
  10. GIS (Perkhidmatan Maklumat Geografi)

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)