Terletak
tidak jauh dari bandar Melaka, kira-kira
20 minit menaiki bas. Pantai ini adalah
kawasan rekreasi yang baru dibangunkan
untuk memenuhi keperluan kemudahan kawasan
rehat untuk sekeluarga.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini
seperti berkelah, menaiki bot, bermain
layang-layang dan berenang (risiko tanggungan
sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang
kuda, tetapi caj dikenakan.
Setiap
pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar
datang ke pantai ini untuk menangkap geragau
(sejenis udang halus) yang banyak terdapat
di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga
Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini
bermusim mengikut tiupan angin monsun.
Geragau
sangat popular di Melaka terutamanya untuk
dibuat belacan dan cencaluk. Sementara
itu setiap hari Ahad dari 4.30pm-6.30pm
terdapat persembahan 'Dondang Sayang'
percuma.
Banyak
gerai-gerai makanan dan buah-buahan di
sepanjang pantai untuk kemudahan para
pengunjung mendapatkan hidangan tanpa
bersusah payah membawa bekal. Suasana
di pantai ini menjanjikan kedamaian untuk
anda melepaskan tekanan diri dan mendapatkan
ilham baru.
|