...............................
...............................
 
 
   
 
Taman Tema Air A'Famosa
 
Taman Tema Air A' Famosa
Pantai Pengkalan Balak
 

Taman Tema Air yang canggih di Melaka. Terletak berdekatan Simpang Empat, Alor Gajah, Taman Tema Air A'Famosa dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air yang menepati tahap antarabangsa yang memenuhi citarasa keriangan dan keseronokan semua.

Waktu Dibuka :

Hari
Masa
Isnin, Selasa, Jumaat
12:00pm - 7:30 pm
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9:00am - 8:00 pm

Taman Tema ini ditutup pada hari Rabu dan Khamis kecuali pada Cuti Umum dan Cuti Sekolah. Sementara jualan tiket ditutup pada 6.30pm (hari biasa) dan 7.00pm (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.)

Yuran Masuk :

Status
Yuran
Dewasa
RM 18.00
*Kanak - kanak
RM 13.00

*Tinggi lebih tiga kaki/Bawah 12 tahun
Yuran merangkumi semua permainan air.

Selain itu, Taman Tema Air A'Famosa turut menawarkan pelbagai kemudahan penginapan dan rekreasi antaranya:

  • Padang golf 27-lubang bertaraf antarabangsa

  • Rumah Kelab yang lengkap dengan pelbagai kemudahan

  • Pusat Ekuestrian dan Menunggang Kuda

  • Kolam Memancing Ikan

  • Sukan Air

  • Pusat Memanah

  • Kawasan Bermain Layang-layang

  • Trek Laluan Berbasikal dan Berjogging.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:

A Famosa Water Theme Park Sdn. Bhd.
Jalan Kemus,
Simpang Empat,
78000 Alor Gajah
Melaka.
Tel: +606 552 0969
Fax: +606 552 0979

 

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)