...............................
...............................
 
 
   
PERSEKITARAN
...........................
...........................
...........................
...........................
Laman Utama // Rekreasi // Rekreasi Air // Pantai Klebang
 
Pantai Klebang
 
Taman Tema Air A' Famosa
Pantai Pengkalan Balak
 

Terletak tidak jauh dari bandar Melaka, kira-kira 20 minit menaiki bas. Pantai ini adalah kawasan rekreasi yang baru dibangunkan untuk memenuhi keperluan kemudahan kawasan rehat untuk sekeluarga.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan berenang (risiko tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda, tetapi caj dikenakan.

Setiap pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap geragau (sejenis udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut tiupan angin monsun.

Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat belacan dan cencaluk. Sementara itu setiap hari Ahad dari 4.30pm-6.30pm terdapat persembahan 'Dondang Sayang' percuma.

Banyak gerai-gerai makanan dan buah-buahan di sepanjang pantai untuk kemudahan para pengunjung mendapatkan hidangan tanpa bersusah payah membawa bekal. Suasana di pantai ini menjanjikan kedamaian untuk anda melepaskan tekanan diri dan mendapatkan ilham baru.

 

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)