...............................
...............................
 
 
   
Laman Utama // Rekreasi // Taman // Taman Merak dan Burung di Melaka
 
Taman Merak dan Burung di Melaka
 
Taman Buaya
 

Taman Merak dan Burung Melaka telah menjadi salah sebuah pusat tarikan pelancong ke sini. Jika anda ingin keluar dari kesibukan kota, tempat ini adalah sangat sesuai.

Taman ini direkabentuk supaya menonjolkan keindahan semulajadi asli dengan pelbagai pohon, pokok-pokok bunga dan air terjun mini.

Terletak dalam kawasan lanskap taman seluas 4.5 hektar, lengkap dengan laluan pejalan kaki dan anak sungai, Taman Merak dan Burung ini adalah taman peliharaan burung terbesar yang boleh dilalui oleh manusia.

Taman yang terletak dalam kawasan pelacongan Ayer Keroh, mengandungi lebih 50 spesis burung yang terbang bebas dalam kawasan berjaring. Jenis-jenis spesis burung yang pelbagai di sini sangat banyak.

Antaranya Flamingo, Raja Udang, Belatuk, Kakaktua, dan Merak yang terdiri dari pelbagai jenis.

Waktu Lawatan dari hari Isnin hingga Ahad pada pukul 9.00am hingga 6.00pm.

Bayaran masuk: Dewasa - RM 6
Kanak-kanak (5-12 tahun) - RM 3

Untk maklumat lanjut, sila hubungi:

Kawasan Pelancongan Ayer Keroh - Durian Tunggal
Jalan Padang Keladi,
76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel: +606 553 4588 / +606 553 4589
Fax: +606 553 4587

 

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)