Ketenangan
hutan tropika yang menanti untuk diteroka.
Hutan yang terpelihara membolehkan para
pengunjung mengalami suasana sebenar kindahan
rimba asli.
Kebanyakan
pokok dilabelkan untuk kemudahan paran
pengunjung mengenali spesis tumbuhan hutan,
pengetahuan am mengenai flora dan fauna
Malaysia.
Tapak perkhemahan terletak di dalam kawasan
seluas kira-kira 10 hektar dan mempunyai
kemudahan asas seperti air dan elektrik
disediakan. Selain itu tapak untuk memanggang
dan membuat unggun api serta senaman fizikal
turut disediakan.
*Kadar:
50 sen seorang untuk semalam
Para pengunjung yang ingin berkhemah perlu
membawa keperluan perkhemahan sendiri.
Selain
itu, anda juga boleh berseronok dengan
berkelah atau menempuh cabaran merentas
hutan. Bagi mereka yang menggemari aktiviti
berjogging, terdapat trek khas untuk aktiviti
ini di samping tempat senaman bagi mereka
yang mementingkan kesihatan.
Sementara
itu, bagi mereka yang mencintai alam sekitar
anda boleh bersiar-siar sambil membuat
pemerhatian keindahan hutan semulajadi
ini.
Susurilah
sekitar kawasan hutan ini dan saksikan
keindahan rimba semulajadi di sebalik
kehijauan dan ketenangannya. Terdapat
denai yang ditandakan khas untuk kemudahan
para pelawat bersiar-siar.
Bagi
pencinta alam semulajadi, terdapat pelbagai
elemen yang pasti menarik perhatian mereka
di sini. Pohon-pohon yang dilabel memudahkan
para pengunjung mengenali jenis-jenis
tumbuhan.
Lebih menarik lagi dengan memerhatikan
pelbagai jenis burung dan serangga yang
terbang serta berkeliaran bebas di sini.
Hutan Rekreasi Air Keroh turut mempunyai
taman-taman khas seperti Taman Prasejarah,
Taman Cerita, Taman Orang Asli dan Taman
Rusa.
Taman
Prasejarah diwujudkan berasaskan imaginasi
alam pra sejarah dan memaparkan beberapa
replika haiwan-haiwan purbakala yang terdapat
di bumi ini kira-kira 70 juta tahun dahulu.
Manakala
Taman Cerita pula direka khas untuk kanak-kanak
di mana terdapat empat buah cerita rakyat
yang digambarkan dengan berbagai replika
binatang-binatang yang meyerupai watak-watak
utama di dalam cerita-cerita tersebut.
Replika berukiran batu
ini digambarkan di dalam beberapa situasi
mengikut perjalanan cerita. Sebuah "buku
terbua" yang mengandungi cerita ringkas
disediakan pada setiap cerita. Cerita-cerita
yang dipaparkan di sini adalah:
-
Arnab dan Kura-kura
-
Gagak yang pintar
-
Tupai dan Pipit
-
Sang Kancil dan Buaya.
Taman
Orang Asli di sini bertujuan memelihara
dan meyebar perihal budaya, adat resam
dan tradisi masyarakat Orang Asli yang
merupakan sebahagian dari warisan negara.
Di sini terdapat contoh rumah dari enam
suku bangsa Orang Asli termasuk jug Rumah
Sewang, Muzium Orang Asli dan gelanggang
menyumpit.
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi :
Balai
Penerangan Hutan Rekreasi Air Keroh
Tel: +606 328 401
Fax
: +606 232 2867
|