...............................
...............................
 
 
   
PERSEKITARAN
...........................
...........................
...........................
...........................
...........................
...........................
Laman Utama // Rekreasi // Zoo // Zoo Melaka
 
Zoo Melaka
 

Zoo Melaka terletak kira-kira 13km dari bandar Melaka. Zoo ini adalah yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 54 ekar dan mengandungi lebih 1,200 haiwan daripada 200 spesis yang berbeza.

Zoo ini juga adalah yang pertama di wilayah ini mempamerkan spesis Badak Sumbu Sumatera dan Gaur yang sukar didapati dan mengalami masalah kepupusan. Zoo ini ditubuhkan pada tahun 1963.

Semenjak tahun 1979, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia telah mengambil alih pengurusan Zoo ini dan meningkatkan lagi operasi dan perkhidmatannya untuk kebaikan masyarakat umum.

Memandangkan lokasinya yang strategik, Zoo ini mudah dilawati dengan pelbagai kemudahan pengangkutan awam untuk ke sini.

Zoo ini adalah salah satu tempat yang perlu dilawati sekeluarga untuk keseronokan malah mendidik secara tidak formal mengenai haiwan-haiwan di sini seperti harimau, salah satu kucing terbesar di dunia atau gajah yang jinak serta lain-lain. Anda juga berpeluang untuk bergambar bersama-sama Orang Utan, haiwan mamalia yang menarik dan paling bijak.

Jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda atau memegang ular sawa sepanjang 3 meter. Anda boleh belajar mengenai pelbagai jenis haiwan di sini dan terdapat kemudahan tram untuk anda bersiar-siar tanpa perlu berjalan kaki.

Bayaran Masuk:
Dewasa - RM3.00, Kanak-kanak - RM1.00

Waktu Lawatan: 9.00am - 6.00pm setiap hari.

Menunggang Gajah dan Kuda:
Sabtu, Ahad & Cuti Umum dari 10.00am hingga 12.00 tengahari & 2.00pm ke 4.00pm.
(Dewasa - RM2.00, Kanak-kanak RM1.00)

Menaiki Tram: Dewasa RM1.00, Kanak-kanak RM0.50.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

ZOO Melaka,
Air Keroh,
75450 Melaka.
Tel: 606 232 4053 / 4054
Fax: 606 232 5859

 

 

 
 
©2000-2003 MelakaCOM.Net. Hakcipta Terpelihara. Penafian
Laman ini terbaik dilayari dengan Internet Explorer 4.0 ke atas (800 x 600 piksel)